Lembah Bujang Logo
Kiss Lock Bag - Cengkerang Kuno

Batik Tanah Work

Kiss Lock Bag - Cengkerang Kuno

Artisan: Hn Zakiyyah

Medium: Craft

Size: 18"

Terukir rapi motif cengkerang putih yang berulang—cengkerang ammonite yang melingkar indah..
Tidak sekadar memilih corak ini demi estetika; ia adalah penghormatan kepada sejarah Kedah Tua.
Motif cengkerang kuno itu diinspirasikan langsung daripada tinggalan arkeologi yang ditemui di Lembah Bujang, sebuah tapak tamadun awal terunggul di Asia Tenggara yang berusia lebih 1,800 tahun.

"Handmade" (Buatan Tangan) pada beg tersebut, memberi tanda warisan agung Lembah Bujang tidak akan luput ditelan zaman. Ia kini hidup semula dalam bentuk moden, membolehkan sesiapa sahaja membawa secebis kisah tamadun tertua Malaysia ini ke mana sahaja mereka melangkah.

Beg ini bukan lagi sekadar bekas barangan, tetapi sebuah jambatan masa yang menghubungkan kita dengan kegemilangan silam Lembah Bujang.
Enquire About This Work Browse More Works