Batik Tanah Lembah Bujang Gallery
This gallery showcases handcrafted Batik Tanah creations by artisans from Lembah Bujang.
WARISAN SAMUDERA
Artisan: Hn Zakiyyah
Medium: Craft
Size (cm): 20"
Di celah lipatan sejarah Lembah Bujang, Berdiam khazanah kuno yang jarang, Minaudiere cengkerang, berkilau di tangan, Cahaya samudera, memukau pandangan. Karya tangan seni, warisan pusaka, Melakar kisah purba, penuh makna, Di bawah rembulan, bagaikan bintang, Cengkerang kuno, berkilau di malam yang tenang.
Kiss Lock Bag - Cengkerang Kuno
Artisan: Hn Zakiyyah
Medium: Craft
Size (cm): 18"
Terukir rapi motif cengkerang putih yang berulang—cengkerang ammonite yang melingkar indah.. Tidak sekadar memilih corak ini demi estetika; ia adalah penghormatan kepada sejarah Kedah Tua. Motif cengkerang kuno itu diinspirasikan langsung daripada tinggalan arkeologi yang ditemui di Lembah Bujang, sebuah tapak tamadun awal terunggul di Asia Tenggara yang berusia lebih 1,800 tahun. "Handmade" (Buatan Tangan) pada beg tersebut, memberi tanda warisan agung Lembah Bujang tidak akan luput ditelan zaman. Ia kini hidup semula dalam bentuk moden, membolehkan sesiapa sahaja membawa secebis kisah tamadun tertua Malaysia ini ke mana sahaja mereka melangkah. Beg ini bukan lagi sekadar bekas barangan, tetapi sebuah jambatan masa yang menghubungkan kita dengan kegemilangan silam Lembah Bujang.
Purba Itu 'In'. Lembah Bujang Kembali Bergaya.
Artisan: Hn Zakiyyah
Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton
Size (cm): 45" x 2m
Siapa kata sejarah itu membosankan? Kami bawakan vibe pelabuhan purba Kedah Tua terus ke gerobok pakaian anda. Motif tembikar unik dari Lembah Bujang disuntik nafas baru dalam rekaan batik moden yang stailo. Bukan sekadar corak, ia adalah statement gaya yang penuh cerita."
CENGKERANG KUNO
Artisan: Turah Binti Ahmad
Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton
Size (cm): 2.25 x 1.15 m
Motif Batik Cengkerang Kuno diinspirasikan daripada penemuan cengkerang purba yang menjadi saksi kehidupan masyarakat dan alam semula jadi pada zaman lampau. Bentuk cengkerang yang berlapis dan berlingkar melambangkan perjalanan masa, ketahanan, serta warisan yang terus kekal merentasi generasi. Melalui susunan motif yang harmoni, Batik Cengkerang Kuno menggambarkan hubungan erat antara manusia, alam dan sejarah. Setiap garisan dan lengkungan pada motif membawa mesej tentang keindahan khazanah silam yang wajar dihargai dan dipelihara sebagai identiti budaya yang berharga.
PECAHAN PASU PURBA
Artisan: Turah Binti Ahmad
Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton
Size (cm): 2.25 x 1.15 m
Motif Batik Pecahan Pasu diinspirasikan daripada serpihan pasu lama yang ditemui sebagai tinggalan sejarah dan warisan budaya. Bentuk-bentuk pecahan yang unik disusun semula menjadi corak yang harmoni, melambangkan bahawa setiap cebisan masa lampau mempunyai nilai dan cerita yang tersendiri. Motif ini membawa maksud pemeliharaan warisan, ketahanan serta keindahan yang lahir daripada perjalanan masa. Melalui gabungan serpihan yang bercantum menjadi satu corak yang indah, Motif Batik Pecahan Pasu menggambarkan hubungan antara sejarah, budaya dan identiti yang terus diwarisi dari generasi ke generasi.