Lembah Bujang Logo
MAHKOTA KEDAH

Batik Tanah Work

MAHKOTA KEDAH

Artisan: Hn Zakiyyah

Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton

Size: 60" X 2.5m

Rekaan ini bukan sekadar corak batik, tetapi satu karya penceritaan yang mengabadikan jiwa, sejarah, dan keindahan alam Negeri Kedah dalam sehelai kain.
Peta Negeri Kedah & Gunung Jerai: Menjadi pasak dan tunjang utama rekaan, menggambarkan megahnya bumi Kedah yang dilindungi oleh keagungan Puncak Gunung Jerai sebagai lambang kemegahan dan penunjuk arah sejak zaman-berzaman.

Aliran Sungai Merbok & Gelombang Air: Latar belakang corak ini melambangkan ketenangan Sungai Merbok dan lautan luas. Gelombang airnya membawa kisah tamadun purba yang pernah memakmurkan laluan perdagangan ini.

Motif Pengisar Purba & Riak Air: Pusaran bulatan melambangkan pengisar purba—artifak warisan bersejarah Lembah Bujang—yang membentuk corak seakan-akan riak air apabila batu dilemparkan ke permukaan sungai, simbolik kepada gema sejarah yang terus berkecimpung hingga kini.

Bayang-Bayang Daun & Bunga Bakau: Bayangan flora paya bakau yang menghiasi persisiran Sungai Merbok menyuntik elemen keindahan alam semula jadi, memberikan sentuhan kelembutan dan kedamaian pada seluruh helaian kain.
Enquire About This Work Browse More Works