Batik Tanah Work
Besi Purba Dimata Dunia
Artisan: Hajar Rahim
Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton
Size: 2.25 x 1.15 m
Motif Tuyere & Relau diinspirasikan daripada komponen penting dalam teknologi peleburan besi purba di Lembah Bujang, iaitu relau dan tuyere. Sejak abad ke-6 SM hingga abad ke-17 M, kawasan ini menjadi pusat peleburan besi tertua di Asia Tenggara. Relau berfungsi sebagai ketuhar untuk mencairkan bijih besi, manakala tuyere ialah saluran udara panas yang menyokong proses pembakaran. Dalam rekaan motif batik, kedua-dua elemen ini diinterpretasikan sebagai bentuk bunga, dikelilingi oleh taburan bijih besi berbentuk titik-titik halus. Taburan ini melambangkan kekayaan sumber alam dan kebijaksanaan teknologi masyarakat silam yang membentuk tamadun awal Lembah Bujang.
Enquire About This Work
Browse More Works