Batik Tanah Lembah Bujang Gallery
This gallery showcases handcrafted Batik Tanah creations by artisans from Lembah Bujang.
Kuntum Berus Mata Buaya
Artisan: Nur Ezaty Binti Abdul Rahim
Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton
Size (cm): 2.25 x 1.15 m
Bunga Bruguiera Hainesii Kekuatan Sungai Merbok Motif Bunga Bakau Berus Mata Buaya ini diinspirasikan daripada kelopak bunga nya yang mempunyai duri-duri yang lembut. Pokok Bakau ialah tumbuhan dominan yang terdapat di dalam biodiversity hutan paya bakau sekitar Merbok,Kedah Motif Bunga Bakau Berus Mata Buaya atau nama saintifiknya "Bruguiera Hainesii" hanya terdapat 3-4 pokok sahaja di sekitar paya bakau, Lembah Bujang dan spesisnya hampir pupus. Keunikan bunga bakau berus mata buaya ini mempunyai seakan duri panjang seperti perisai di sekeliling kelopak bunganya. Ini melambangkan kekuatan bagi motif ini.
Tengkolok karangan Dayung Emas
Artisan: Zanim@Che Zainni Binti Zakaria
Medium: Craft
Size (cm): 2.25 x 1.15 m
Tengkolok karangan Dayung Emas menggunakan Batik Tanah Lambah Bujang bermotifkan akar bakau.
Tengkolok Karangan Balong Raja
Artisan: Zanim@Che Zainni Binti Zakaria
Medium: Craft
Size (cm): 2.25 x 1.15 m
Tengkolok Karangan Balong Raja menggunakan Batik Tanah Lembah Bujang menggunakan motif Sungai Merbok.
Sanubari Lembah Bujang
Artisan: Hajar Rahim
Medium: Batik
Size (cm): 2.0m
Menerusi kehalusan sentuhan buatan tangan sepenuhnya, koleksi eksklusif ini menyatukan inovasi batik alternatif iaitu batik tanah demi melahirkan mahakarya yang memukau. Setiap helaiannya mendakap keagungan Lembah Bujang ,mengabadikan keunikan elemen arkeologi, naratif sejarah tamadun purba, serta estetika bentuk muka bumi yang mendamaikan.
"Cengkerang Kuno – Membisikkan Kisah Zaman Melalui Warna Tanah."
Artisan: Hn Zakiyyah
Medium: Clay-Dyed Batik on Cotton
Size (cm): 2.5 m x 45"
Cengkerang kuno yang terpendam di dalam bumi menjadi inspirasi motif Batik Tanah ini. Motifnya melambangkan warisan alam, perjalanan masa dan keindahan sejarah yang tersimpan sejak ribuan tahun. Warna-warna tanah dipilih bagi menggambarkan hubungan erat antara bumi, kehidupan dan seni yang terus mekar merentasi zaman.